Mengisahkan kehidupan dan sifat-sifat dalam diri manusia yang sentiasa bertentangan antara kebaikan dan keburukan. Manusia perlu mempunyai iman yang kuat untuk membuat pilihan antara kedua-dua sifat ini. Hal ini digambarkan melalui watak Raja yang suka memburu rama-rama untuk memenuhi keinginan permaisurinya yang mementingkan diri sendiri. Ketika mengejar rama-rama yang kecil dan cantik, Raja terjatuh ke dalam telaga air panas. Air yang mendidih itu menjadi dingin dan nyaman apabila menolong mengipaskannya. Dalam kisah Wak Keletung pula menceritakan tentang Mek Bongsu yang leka diulit kemewahan setelah berkahwin dengan saudagar Syah Alam. Akhirnya dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai khalifah dan makhluk Tuhan. Sementara itu, Bidan Tuk Mah yang asalnya bernama Emas Asa Puteri Shahrul Karimah pula meninggalkan kemewahan dan gelarannya kerana mengikut Peran yang mengajarnya tentang hakikat kehidupan dan bahawa peranan manusia dijadikan Tuhan adalah untuk memberi manfaat dan membawa erti kepada diri sendiri, sesama manusia dan kepada Tuhan yang menjadikan makhluk dan isi alam.
-Tammat-
Post a Comment
0 comments:
Post a Comment